ASSALAMUALAIKUM
Tuan/Puan,
Terlebih dahulu saya mendoakan agar tuan/puan dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan berada di bawah perlindungan Allah S.W.T jua. Selanjutnya, dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka ingin mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Jawatan (Kontrak)seperti berikut :
i. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Kontrak) – 1 Kekosongan
ii. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi N19) (Kontrak) – 1 Kekosongan
iii. Pembantu Akauntan W19 (Kontrak) – 1 Kekosongan
iv. Pembantu Operasi Gred N11 (Kontrak) – 1 Kekosongan
v. Pengurus Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah - 1 Kekosongan
vi. Pembantu Kebersihan – 1 Kekosongan
3. Tarikh tutup permohonan pada 16 Februari 2023 (Khamis). Permohonan untuk memasuki perkhidmatan di MAIM hendaklah dibuat secara online. Tuan/puan bolehlah mengakses Laman Web : http://www.haqis.com/sistem/spjm bagi tujuan permohonan.
Sistem ini disediakan untuk memudahkan tuan/puan membuat permohonan jawatan di MAIM. Tuan/puan juga boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa dan menyemak status permohonan jawatan yang dipohon di dalam sistem ini.
Terima Kasih.