|

Soalan Lazim

Image
Bagaimanakah saya ingin mendapatkan bantuan zakat daripada pihak MAIM?

Bantuan zakat daripada pihak MAIM boleh dimohon melalui Borang Permohonan Bantuan yang boleh didapati pada kaunter Agihan Zakat Majlis Agama Islam Melaka serta cawangannya.

Apakah syarat-syarat untuk saya mendapatkan bantuan daripada pihak MAIM?

Syarat-syarat kelayakkan untuk mendapatkan bantuan bolehlah merujuk pada menu Zakat<Permohonan Bantuan Fakir/Miskin> atau boleh merujuk kepada pegawai Agihan Zakat di Majlis Agama Islam Melaka.

Apakah jenis-jenis bantuan yang boleh saya dapati daripada pihak MAIM?

Jenis-jenis bantuan yang boleh diperolehi daripada pihak MAIM adalah seperti:-Rujuk menu

Zakat<Permohonan Bantuan Fakir/Miskin>Bantuan Agihan Zakat>.

Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan bantuan persekolahan?

Bantuan persekolahan boleh dipohon dengan menggunakan borang persekolahan MAIM.

Sekiranya saya mempunyai tanah untuk diwakafkan,apakah cara-cara yang perlu saya lakukan?

Sesuatu perwakafan itu bergantung kepada sesuatu justifikasi,oleh itu pihak tuan/puan perlulah merujuk dahulu kepada pegawai wakaf yang berkenaan untuk melakukan sesuatu perwakafan.

Bagaimanakah cara untuk saya membuat wakaf tunai atau saham wakaf?

Wakaf tunai ataupun saham wakaf boleh dilaksanakan dengan datang sendiri ke MAIM dan mengisi borang saham wakaf seterusnya membuat pembayaran di kaunter kewangan bahagian kewangan aras 1 serta boleh juga melayari laman web iwakaf di www.iwakaf.maim.gov.my

Saya merupakan seorang muallaf yang baru saja memeluk islam, Dimanakah tempat untuk saya mendalami islam?

Sekiranya tuan/puan merupakan seorang muallaf tuan/puan boleh terus mendapatkan bimbingan di BALAI ISLAM, Jalan Kesidang,Tmn Kesidang Sek 2, Melaka. No.Telefon : 06-3372873.Pihak kami juga akan berterusan membantu tuan/puan sekiranya tuan/puan berdaftar dengan BALAI ISLAM.

Bagaimanakah cara untuk saya menjadi seorang sukarelawan BSAT,MAIM?

Untuk menjadi seorang sukarelawan, tuan/puan boleh mengisi borang permohonan yang boleh didapati di Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT). No.Telefon: 06-2868109.

Apakah tugas-tugas seorang sukarelawan?

Seorang sukarelawan MAIM kebiasaannya akan membantu BSAT untuk menjadi seorang sukarelawan dan melaksanakan tugas-tugas secara sukarela.

Permasalah berkaitan Fidyah?Rujuk Sini
Image
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 17 Oktober 2023, 04:52:23.

Jumlah Pelawat

003647856

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Bilangan Masjid dan Surau Mengikut Daerah di Negeri Melaka