

Majlis Agama Islam Melaka telah ditubuhkan pada 28 September 1960. Ia adalah bertujuan menguruskan hal ehwal Agama Islam Negeri Melaka di samping membantu dan menasihati Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong . Penubuhan Majlis Agama Islam Melaka diperkukuhkan berdasarkan enakmen penubuhan iaitu :
Enakmen Pentadbiran Agama Islam ( Negeri Melaka ) 2002 Seksyen 4 ceraian 1. Maka Hendaklah ada satu badan yang dikenali sebagai "Majlis Agama Islam Melaka" untuk membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubung agama Islam.
Sebagai sebuah badan pembuat dasar Agama Islam Negeri Melaka, beberapa agensi / institusi Islam telah ditubuhkan seperti Jabatan Agama Islam, Jabatan Mufti, Mahkamah Syariah dan anak-anak syarikat MAIM untuk melaksanakan segala keputusan atau dasar yang telah dibuat oleh MAIM