|

Sumbangan Cek MAIM Kepada Pentadbiran Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTAQ) Al- Abqari, Tanjung Bidara

taz1

taz3

taz4

taz6

taz7

 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Sumbangan cek berjumlah RM 9,600.00 daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kepada pentadbiran Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTAQ) Al- Abqari, Tanjung Bidara sebentar tadi. Sumbangan disampaikan oleh Setiasuaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim kepada Pengetua SMTAQ Al- Abqari, Ustaz Ammin bin Azmi. Sumbangan itu merupakan dana daripada tabung bantuan bencana yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada MAIM. Hadir sama Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB Tuan Rosli bin Abdullah.
 
Sumbangan itu berbentuk RM 300 wang tunai untuk 32 orang pelajar yang terlibat akibat berlaku kebakaran di bilik asrama pelajar baru-baru ini. Sekolah berkenaan masih beroperasi seperti biasa dan pelajar yang terlibat ditempatkan sementara di blok lain yang masih selamat di duduki.
 
Doakan adik-adik tahfiz kita ini dapat meneruskan pengajian dan pelajaran mereka dengan sempurna dan menjadi huffaz yang berjaya.
 
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” - Hadis riwayat Muslim.

 

FB : Sumbangan Cek MAIM Kepada Pentadbiran Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran (SMTAQ) Al- Abqari, Tanjung Bidara

 

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 17 Oktober 2023, 04:52:23.

Jumlah Pelawat

003647869

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Bilangan Masjid dan Surau Mengikut Daerah di Negeri Melaka