|

Menyampaikan Sumbangan Khairat Kematian Kepada Mantan Kakitangan MAIM

amin1 
amin2 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Hari ini pengurusan Pembangunan Sumber Manusia MAIM bersama Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim menziarahi keluarga almarhum Muhammad Amin bin Abu Bakar yang juga merupakan mantan kakitangan MAIM yang telah kembali ke rahmatullah pada 23/6/2023 yang lalu.
 
Menerima kehadiran kami ibu almarhum Puan Saniyah binti Seman, kami turut menyampaikan sumbangan khairat kematian kepada keluarga almarhum berjumlah RM 20,000 untuk kegunaan dan manfaat keluarga almarhum.
 
Al fatihah buat almarhum sahabat kami, semoga sentiasa mendapat keampunan Allah SWT dan ditempat di syurgaMu Ya Allah.
 
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik manusia ialah orang yang diberi panjang umur dan digunakan untuk membuat kebaikan sebanyak-banyaknya dan sejahat-jahat manusia ialah orang yang diberi Tuhan umur panjang, tetapi digunakan untuk melakukan kejahatan dan kerusuhan.” - Riwayat Ahmad.

 

FB : Menyampaikan Sumbangan Khairat Kematian Kepada Mantan Kakitangan MAIM

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 17 Oktober 2023, 04:52:23.

Jumlah Pelawat

003647860

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Bilangan Masjid dan Surau Mengikut Daerah di Negeri Melaka