|

Lawatan kerja Ke Pulau Besar Bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri

 

 P 1

P 2

P 3

P 4

 

 Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah

 
Lawatan kerja ke Pulau Besar bersama Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri, YB. Datuk Rahmad bin Mariman bagi mengenal pasti projek pembangunan di pulau berkenaan menjadi titik tolak kepada konsep Patuh Syariah di masa akan datang.
 
Pulau berkenaan menjadi tumpuan pengunjung dalam dan luar negeri ini beristirehat bersama keluarga pada setiap hujung minggu. Konsep pelancongan Patuh Syariah pastinya menjadi keutamaan bagi memastikan pembangunan pelancongan di pulau berkenaan berkembang seiring dengan syiar Islam.
 
Antara agensi yang terlibat pada lawatan kerja ini, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Mufti Negeri Melaka (JMNM), Perbadanan Muzim Melaka (PERZIM) dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Hadir sama Mufti Negeri, Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawil dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim.
Insha Allah usaha murni ini akan berjaya bagi memberi nilai tambah produk pelancongan berkonsep Patuh Syariah dan bersih dari segala kekotoran zahiri dan batani di negeri ini.
 
Allah SWT berfirman maksudnya: “Sesungguhnya agama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam.” - Surah Ali-Imran ayat 19.
 
  
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 17 Oktober 2023, 04:52:23.

Jumlah Pelawat

003647892

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Bilangan Masjid dan Surau Mengikut Daerah di Negeri Melaka