|

Bekas Penyerang Melaka Gusar Ketumbuhan di Kaki

 
Bekas Penyerang Melaka Gusar Ketumbuhan di Kaki
 
BEKAS PENYERANG MELAKA GUSAR KETUMBUHAN DI KAKI
 
Daripada seorang pemain bola sepak yang pernah beraksi untuk pasukan Melaka, Sarawak, Johor FC dan Pulau Pinang, kini terlantar sakit di rumahnya di Bachang. Itulah yang berlaku kepada encik Mohd Azizan bin Baba; 40, anak jati Melaka juga merupakan jurulatih skuad Melaka United sebelum ditimpa musibah penyakit. Siapa sangka, pada usia yang muda beliau telah diuji dengan ketumbuhan di kaki (disyaki kanser), dan pernah menjalani pemeriksaan di hospital untuk mengeluarkan darah di bahagian hamstring.
 
Biarpun telah berhabis sekitar RM30,000.00 menggunakan simpanan serta sumbangan rakan terdekat, akan tetapi bengkak pada paha beliau tiada perubahan walaupun sudah dua kali menjalani operasi pembedahan, sehingga memaksa beliau berjalan menggunakan tongkat. Perkara ini secara tidak langsung telah menjejaskan kudrat beliau untuk mencari rezeki bagi menyara keluarga.
 
Pada ketika ini, beliau hanya bergantung harap pada pendapatan isteri; Yusriati binti Mohd Yunos, 41 tahun yang bekerja sebagai kerani guaman, dengan pendapatan sekitar RM2,000.00 sebulan untuk menampung keperluan hidup 8 orang anak beserta ibu mertua yang tinggal bersama. Mertuanya, Supineh binti Amin kini berusia 60 tahun sudah tiada kudrat untuk bekerja, dan bergantung harap kepada keluarga encik Azizan untuk keperluan hidupnya.
 
Anak-anaknya pula masih kecil dan sedang meningkat remaja, dengan 5 daripadanya bersekolah, manakala 3 daripadanya masih kecil.
Ahmad Diniy Abadi merupakan anaknya yang sulung kini berusia 14 tahun dan belajar di Sekolah Tinggi Melaka, banyak membantu beliau untuk menjaga dan mengurus adik-adiknya; Ahmad Danish Abadi; 12, Ahmad Danial Aryan; 11, Nur Ariana Damia; 9, Ahmad Dhafir Aryan; 7, Nur Almahyra Delisha; 5, Ahmad Daiyan Aydin; 3 dan Nur Ayra Darissa; 1.
 
Apabila ditanya mengenai persekolahan anaknya, beliau menzahirkan kegusaran mengenai yuran persekolahan sekolah menengah anaknya yang masih belum dilunaskan, selain persiapan kelengkapan persekolahan beberapa orang anaknya.
“dalam keadaan saya sekarang ni, keperluan sekolah anak yang buat saya pening, dengan gaji isteri tak besar untuk tampung keperluan rumah dan persekolahan anak..” kata beliau ketika ditemui.
 
Beliau telah disantuni Skuad Agihan Zakat (SAZ) MAIM yang bertindak atas maklumat orang ramai. Dalam pertemuan ini, pihak SAZ telah bertanyakan khabar beliau sekeluarga selain menyalurkan kit makanan dan bantuan tunai kecemasan. Beliau juga akan dibantu Bantuan Makanan Bulanan serta bantuan perjalanan sekiranya perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Hospital Sultan Ismail. MAIM juga akan menyalurkan maklumat beliau kepada pihak PERKESO untuk tindakan susulan memandangkan beliau pernah mencarum semasa bekerja dahulu. Didoakan semoga encik Azizan disembuhkan daripada penyakit ini dan bertabah dengan dugaan yang dihadapi.
 
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 17 Oktober 2023, 04:52:23.

Jumlah Pelawat

003647860

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Bilangan Masjid dan Surau Mengikut Daerah di Negeri Melaka