|

Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) Turun Padang Menjengah Pusat Jagaan Orang Tua di Sekitar Melaka

love1 
love2 
love3 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Kali ini Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) turun padang menjengah pusat jagaan orang tua di sekitar negeri ini. Terima kasih kepada Penolong Setiausaha Bahagian Pembangunan Asnaf MAIM, Puan Joriza binti Jauhari sudi luang masa sama-sama turun bersama pasukan walau sesibuk mana pun.
 
Antara pusat jagaan orang tua yang dikunjungi : 
- Villa Harapan, Bukit Katil
- Pusat Jagaan Sri Manja, Jasin
- Pusat Jagaan Ummi Naira, Muar
 
Jadi pada semua yang berminat nak menyumbang pakaian terpakai yang masih baik, boleh terus hubungi BSAT MAIM di talian 06-2837416 atau boleh je terus hantat di Suqq Majjani MAIM terletak bersebelahan Pusat Zakat Melaka di Bukit Baru, kami sampaikan pada mereka yang memerlukan.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261
 
 

FB : Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) Turun Padang Menjengah Pusat Jagaan Orang Tua di Sekitar Melaka

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 17 Oktober 2023, 04:52:23.

Jumlah Pelawat

003647860

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

Bilangan Masjid dan Surau Mengikut Daerah di Negeri Melaka