|

Sumbangan Komputer Kepada Dua Buah Sekolah Rendah Agama JAIM

 sek1

sek2

sek3

sek4

 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM hari ini, turun menyampaikan sumbangan komputer kepada dua buah Sekolah Rendah Agama JAIM (SRA) iaitu SRA JAIM Kampung Padang dan SRA JAIM Padang Temu. Terima kasih kepada Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas bersama menyampaikan sumbangan komputer.
 
Satu unit komputer model terkini diserahkan kepada sekolah berkenaan untuk kegunaan harian, sebagai makluman bersama sumbangan ini merupakan hasil dana Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang diurus sepenuhnya oleh MAIM.
 
Sebagai rekod juga, guru-guru di SRA berkenaan telah membuat potongan TAJM secara konsisten melalui aplikasi yang kami sediakan. Mudah-mudahan ianya dapat dimanfaat dengan sebaiknya untuk kegunaan guru dan murid SRA JAIM berkenaan.
 
Masyarakat Islam yang berminat dan berbesar hati untuk membuat bayaran ataupun potongan TAJM boleh berbuat demikian melalui QR kod yang telah kami sediakan.
 
Allah SWT berfirman maksudnya : "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." - Surah al- Baqarah ayat 271.

 

FB : Sumbangan Komputer Kepada Dua Buah SRA JAIM

 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 17 October 2023, 04:52:23.

Total Visitors

003647858

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.