|

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah Santuni Penghuni Madrasah Tahfiz Baitil Hamdi (Lil Banin) di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah yang di Landa Musibah Kebakaran

mad1

mad2

mad3

mad4

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
 
Syukur pada Allah hari ini, kami di Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah santuni penghuni Madrasah Tahfiz Baitil Hamdi (Lil Banin) di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah yang di landa musibah kebakaran. Alhamdulillah semua penghuni dan pelajar di madrasah berkenaan selamat tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku.
 
Kami SAZ MAIM bantu sampaikan sumbangan wang tunai bagi ringankan sedikit beban pengurusan madrasah.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” - Surah al-Ankabut, ayat 2-3.
 
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 22 January 2025, 02:03:36.

Total Visitors

003648036

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.