|

Program Gotong Royong di Tanah Perkuburan Islam dan Pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka

roz1 
roz2 
roz3 
roz4 
roz5 
roz6 
roz7 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Program gotong royong di tanah perkuburan Islam kariah Bukit Cina pagi tadi. Program berjalan dengan lancar, bersama-sama cuaca nyaman dan tenang selepas hujan. Anjuran Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM dengan kerjasama Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT), Swm Corp. dan juga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan jawatankuasa Masjid Al Hamideen Kariah Bukit Cina.
 
Ramai hadir turut, juga meluangkan masa bersama Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim dan Pengurus Baitulmal MAIM, Ybhg Ustaz Hj. Mohd Hairulamin bin Mohd Sis juga sama-sama bantu mengemas dan membersih kawasan persekitaran.
 
Turut diadakan pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka oleh Tuan Setiausaha kita. Insha Allah pelbagai program dan aktiviti sempena bulan wakaf ini akan diadakan. 
 
Terima kasih kepada Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas bersama semua jawatankuasa serta pada pihak yang terlibat yang telah menjayakan program sebaik ini.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261.
 
 

FB : Program Gotong Royong di Tanah Perkuburan Islam dan Pelancaran Bulan Wakaf Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 22 January 2025, 02:03:36.

Total Visitors

003648035

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.