Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah
Petang ni bersama Pegawai Tugas Khas Agensi Agama, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud bersama Timbalan Mufti, Ybrs Ustaz Hj Hazarudin bin Baharudin menziarahi ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri, Al Fadhil Ustaz Noor Amali @ Muhammad Dhiya'uddin Bin Ab Rahim yang kini dalam keadan kurang sihat kerana disahkan menghidap penyakit lemah jantung.
Pertemuan ziarah ini, lebih kepada bertanya khabar dan melihat sendiri perkembangan kesihatan Al Fadhil Ustaz Amali. Alhamdulillah, beliau bertambah sihat namun masih memerlukan rehat secukupnya dan memerlukan rawatan sususlan di hospital pakar.
MAIM melalui Badan Sukarelawan Al-Taqwa (BSAT), turut menyampaikan sumbangan wang tunai bagi membantu meringan kos rawatan Ustaz Amali di hospital pakar nanti.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.” - Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
FB : Menziarahi Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Yang Menghidap Penyakit Lemah Jantung