|

Majlis Agama Islam Melaka Menyampaikan Sumbangan Satu Unit Komputer

 comp2

comp3

comp4

 
 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Sekali lagi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyampaikan sumbangan satu (1) Unit Komputer kepada setiap sekolah di SRA JAIM Batu Berendam 2 dan SRA JAIM Peringgit.
 
Gembira dan syukur dengan sumbangan ini, dapatlah kami gunakan untuk kegunaan pejabat dan urusan pembelajaran anak-anak di sekolah. Itu antara kata-kata ucapan syukur dan terima kasih daripada guru di SRA berkenaan. Pengurus Baitulmal MAIM, Ybrs Ustaz Mohd Hairulamin bin Mohd Sis hadir sama menyampaikan sumbangan, juga bersama Penolong Setiausaha Bahagian Wakaf Dan Mal MAIM, Puan Rohaizah binti Abas.
 
Sumbangan komputer ini merupakan hasil dari sama potongan dan tabungan guru-guru ke Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang diurus sepenuhnya oleh MAIM.
 
Pada masyarakat Islam yang berminat berniat ikhlas untuk membuat tabungan boleh terus membuat tabungan melalui QR kod yang telah kami sediakan.
 
 
Allah SWT berfirman maksudnya : "Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu (secara terang), maka yang demikian adalah baik (kerana menjadi contoh yang baik). Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu serta kamu berikan kepada orang-orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan dari kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha mengetahui secara mendalam akan apa yang kamu lakukan." - Surah al- Baqarah ayat 271.
 
 

FB : Majlis Agama Islam Melaka Menyampaikan Sumbangan Satu Unit Komputer

 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 17 October 2023, 04:52:23.

Total Visitors

003647857

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.