|

Kursus Pelan Intervensi Peperiksaan SPM Perintis MAIM 2023

 para3

para1

para2

para4

 
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah,
 
Kursus Pelan Intervensi Peperiksaan SPM Perintis MAIM 2023 di Kem Permata Resort, Alor Gajah. Semua peserta anak asnaf kali ini yang akan menghadapi SPM tahun ni dan seramai 70 orang hadir.
 
Kali ini lebih kepada teknik dan cara menjawab soalan SPM. Penceramah yang hadir semuanya berpengalaman dan berkemahiran tinggi. Mereka memberi pelbagai kaedah dan cara-cara menjawab soalan. Mereka mengfokuskan penerasan mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Matematik dan Sejarah. 
 
Segala bantuan pendidikan, pembelajaran insha Allah MAIM bantu. Diharapkan para peserta dapat menimba ilmu dan meningkatkan prestasi pelajaran. Ingat ye, kemiskinan bukan untuk diwarisi. Apatah lagi bantuan zakat juga bukan untuk dimiliki, masa ini lah penentuan untuk para peserta membantu keluarga.
 
Terima kasih tuan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim sudi hadir beri kata-kata semangat dan merasmikan majlis penutup.
 
Tuntutlah ilmu. Di saat kamu miskin, ia akan menjadi hartamu. Di saat kamu kaya, ia akan menjadi perhiasanmu.
 
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Supaya Allah SWT meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan Agama (daripada kalangan kamu) dengan beberapa darjat”. - surah al-Mujadalah ayat 11.

 

FB : Kursus Pelan Intervensi Peperiksaan SPM Perintis MAIM 2023

 

 

 

 

 

Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 17 October 2023, 04:52:23.

Total Visitors

003647857

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.