|

Iklan Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam Melaka

ASSALAMUALAIKUM
 
Tuan/Puan,
Terlebih dahulu saya mendoakan agar tuan/puan dan keluarga sentiasa dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki dan berada di bawah perlindungan Allah S.W.T jua. Selanjutnya, dengan segala hormatnya saya menarik perhatian tuan/puan berhubung dengan perkara di atas.
 
2. Adalah dimaklumkan bahawa Majlis Agama Islam Melaka ingin mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon Jawatan (Kontrak)seperti berikut  :
 
i. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29 (Kontrak) – 1 Kekosongan 
ii. Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi N19) (Kontrak) – 1 Kekosongan 
iii. Pembantu Akauntan W19 (Kontrak) – 1 Kekosongan 
iv. Pembantu Operasi Gred N11 (Kontrak) – 1 Kekosongan 
v. Pengurus Kompleks Anak Yatim Fatimah Al-Zaharah - 1 Kekosongan 
vi. Pembantu Kebersihan – 1 Kekosongan 
 
3. Tarikh tutup permohonan pada 16 Februari 2023 (Khamis). Permohonan untuk memasuki perkhidmatan di MAIM hendaklah dibuat secara online. Tuan/puan bolehlah mengakses Laman Web : http://www.haqis.com/sistem/spjm bagi tujuan permohonan. 
 
Sistem ini disediakan untuk memudahkan tuan/puan membuat permohonan jawatan di MAIM. Tuan/puan juga boleh mengemaskini maklumat pada bila-bila masa dan menyemak status permohonan jawatan yang dipohon di dalam sistem ini.
 
Terima Kasih.
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Tuesday 17 October 2023, 04:52:23.

Total Visitors

003647857

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.