|

Bengkel Penerangan Perkhidmatan Sumber Am Baitulmal MAIM

MAL 1

MAL 2

MAL 3

MAL 4

 

Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah

 
Alhamdulillah hari ini Seksyen Mal MAIM menganjurkan Bengkel Penerangan Perkhidmatan Sumber Am Baitulmal MAIM yang disertai pegawai syarak dan guru takmir di negeri ini. Pencerahan ini memberi gambaran sebenar perkhidmatan yang disediakan oleh Seksyen Mal antaranya Pungutan Khairat (Derma), Pengurusan Pengalihan Kubur lama dan juga Pengurusan Wang Orang Yang Berhutang.
 
Taklimat juga diberi penekanan berkaitan pengurusan wakaf di negeri ini.
 
Masih ramai masyarakat Islam di negeri ini yang masih belum jelas berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak MAIM.
 
Justeru adanya bengkel ini ianya mampu menyebar luas fungsi dan peranan Sumber Am di samping memberi pencerahan yang lebih jelas kaedah dan tatacara perkhidmatan yang disediakan. Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut perkhidmatan ini boleh terus hubungi MAIM di talian 06-2837416.
 
Allah SWT berfirman yang bermaksud : "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya"
- (Surah al-Baqarah ayat 261)
 
 
Pin It

Contact Us

Malacca Islamic Religion Council,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin@maim.gov.my

Follow Us

Latest Updated

  • On Wednesday 22 January 2025, 02:03:36.

Total Visitors

003648035

DISCLAIMER : Melaka Islamic Religion Council (MAIM) is not responsible for any loss or damage due to the use of any information obtained from this website and should not be construed as agents nor as companies recommended by MAIM.

Best viewed with a resolution of 1366 x 768 pixels with popular browsers such as Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera.