Assalamualaikum dan Salam Jumaat
Hari ini, kami Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) menziarahi makcik Zaili binti Talib, berusia 60 tahun di Taman Bidara Jaya. Bersama-sama Pegawai Tugas-Tugas Khas Agensi Agama, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud menziarahi Makcik Zaini yang uzur, hanya mampu baring dan segala urusan diri dibantu oleh suaminya. Penyakit yang dihadapi adalah kencing manis kronik - insulin, darah tinggi dan yang paling serius adalah penyakit jantung.
Masih mendapatkan rawatan di hospital besar dan makcik Zaini bersemangat untuk kembali sihat. Bantuan katil dan mesin oksigen kami berikan, insha Allah ia banyak membantu dan meringan tanggungan makcik Zaini sekeluarga.
" Terima kasih sangat-sangat pada MAIM, lagi-lagi yang bayar zakat." itulah antara ungkapan ikhlas makcik Zaini tadi.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” - Surah Al-Baqarah ayat 286.
FB : Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) Menziarahi Makcik Zaili binti Talib